Search This Blog

Saturday, 31 March 2012

Resepi Masakan Menu: Ayam Panggang Bermadu Udang Masak Serai Wangi Ikan Siakap Kukus Ikan Masak Berlada Ikan Kerapu Masak Asam Manis Ayam Masak Cendawan Ala Cina Pajeri Nenas Mee Hailam Ketam Bertelur Ayam Kepak Masak Minyak Bijan Nehari (Kari Kambing Kashmir) Ikan Tiga Rasa Ikan Pari Lemas!!!! Tandoori Kurau Tom Yam Nasi Ayam Hakka Mee Rebus Gulai Tempoyak Ikan Kembung Ayam Golek Seri Pahang Kari Kepala Ikan Black Pepper Steak Gulai Tempoyak Ikan Kembung Asam Pedas Tumis (Melaka) Soto Ayam Nasi Paprik Nasi Dagang Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) Gulai nenas ikan kering orang utara Ayam Bercili masak ketumbar Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style Ayam Panggang Bermadu Bahan-bahan: 1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) sedikit garam secukup rasa Cara memasak: Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... atas Udang Masak Serai Wangi Bahan-bahan: 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 4 batang serai 100 gm cili kering 100 gm bawang merah 100 gm cili merah 70 gm bawang putih 70 gm halia muda 3 sudu besar pati asam jawa 30 gm belacan bakar 100 gm pati santan Garam dan gula secukup rasa Cara memasak: Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat Masukkan pati santan dan udang. Masak hingga naik bau. atas Ikan Siakap Kukus Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 susu besar sos cili 2 susu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa Cara memasak: Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. Tuang ketiga-tiga sos tadi. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. atas Ikan Masak Berlada Bahan-bahan: 3 ~ 4 ekor ikan sembilang 10 biji cili merah - dikisar 2 batang serai - dititik 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa Cara memasak: Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. atas Ikan Kerapu Masak Asam Manis Bahan-bahan A: 1 ekor ikan kerapu 120gram tepung jagung 1 biji telur ayam Sedikit minyak (untuk goreng) Garam secukup rasa Bahan-bahan B: 5 ulas bawang merah - dikisar 5 ulas bawang putih - dikisar 3cm halia 1 batang serai - dititik 1 helai daun pandan 3 sudu cili sos 1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup 3 sudu tomato sos 3 cawan air Sedikit cuka masak Garam secukup rasa Cara memasak: Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi. Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun. atas Ayam Masak Cendawan Ala Cina Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam 8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 1 inci halia - dihiris 1 biji bawang besar - dihiris 6 ulas bawang putih - dicincang 4 ~ 5 tangkai cili padi Sedikit kicap lemak manis Sedikit sos tiram Cara memasak: Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit). atas Pajeri Nenas Bahan-bahan: Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) Sedikit serbuk kunyit 4 biji bawang merah ] 2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang Biji sawi gula sikit garam secukup rasa Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air Cara memasak: Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit). atas Mee Hailam Bahan-bahan: 1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) rencah ayam/udang/sotong sos tiram garam secukup rasa 6 biji cili api 3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) Cara memasak: Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. Masukkan sayur2 an dan mee. atas Ketam Bertelur Bahan-bahan: 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 3 sudu sos tiram 3 sudu sos cili 3 sudu cili yang dah diblend 7 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih yang agak besar sepotong halia sebiji telur garam sedikit gula sedikit minyak untuk menumis bawang besar Cara memasak: Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya Masukkan secawan air MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. atas Ayam Kepak Masak Minyak Bijan Bahan -bahan: Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah Sesame oil/Minyak bijan Serbuk lada hitam Fish sauce/Sos ikan Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) Sos tiram Cara memasak: Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi. atas Nehari (Kari Kambing Kashmir) Bahan-bahan: 1 camca besar garam masala 4 ulas bawang putih dicincang halus 2 cm halia dicincang halus sedikit garam 2 camca kecil serbuk cili 1 camca besar serbuk ketumbar 1/2 camca kecil serbuk buah pala 1 camca besar serbuk jintan kasar 1 camca besar paparika 4 labu bawang besar dihiris nipis 1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 150ml Tairu 2 camca besar tomato puri 1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 2 biji cili hijau dihiris Minyak Vesawit untuk menggoreng Air secukupnya Garam secukup rasa Cara memasak: Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau. atas Ikan Tiga Rasa Bahan-bahan 1 ekor ikan siakap / kerapu sedikit bawang putih (ditumbuk) 1 inci halia 2 biji tomato (agak masak) 6 biji cili merah 10 biji cili padi 2 sudu sos tiram 2 sudu sos cili 1 sudu sos tomato sedikit gula, garam bhn utk dikisar Cara memasak: Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air Tuang atas ikan atas Ikan Pari Lemas!!!! Bahan A: 1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) - di basuh bersih - sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. - letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) Bahan B: 5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 2 batang serai di mayang halus 1 helai daun limau purut di koyak empat 25 biji cili padi di mayang halus halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 3 sudu besar minyak masak 2 sudu besar sos minyak ikan sedikit ajinamoto 1/2 sudu kecil garam 1/4 sudu kecil gula Bahan C: 10 biji limau kasturi Cara memasak: Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit atas Tandoori Kurau Bahan-bahan: 3 keping ikan kurau 1 biji liamu purut 1 sudu besar halia (dicincang halus) 2 biji bawang putih (dicincang halus) 5 sudu besar yoghurt 1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 10 gm jintan halus Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) Garam dan lada hitam secukup rasa 2 sudu besar minyak sapi Cara: Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. Hidangkan bersama roti atau nasi. atas Tom Yam Bahan-bahan: Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) Daging - 250 gm (dipotong kecil) Udang - terpulang pada tukang masak Bahan A – Blenderkan Halia 3 inci Bawang merah 6 ulas Cili api 20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) Bahan-bahan lain Minyak masak - 1/5 cawan Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh Lobak merah - 2 btg (dipotong) Bunga kubis - 150 gram Putik jagung - 2 bungkus Tomato - 3 biji (potong 4) Bawang besar - 3 biji (potong 4) Daun limau purut - 3 atau 4 helai Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu Air Garam Bahan perasa - jika berminat Cara memasak: Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! ditambah, hanya utk menyempokkan daging. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... atas Nasi Ayam Hakka Bahan-bahan: 1 ekor ayam segar Kicap cair (Cap Camel) Minyak Bijian Bawang merah 1 biji Bawang putih 3 biji 1 ketul kecil halia Beras 2 tin susu 1 sudu besar garam 1 sudu kecil Ajinamoto Sedikit lada putih Cara memasak: Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras) Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam. atas Mee Rebus Bahan-bahan: 1 paket mee kuning - celur Bahan sayuran: 50 sen Taugeh - celur Sedikit daun sup - hiris nipis Sedikit daun bawang - hiris nipis Bawang goreng 4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 5 biji Cili hijau - dihiris nipis Limau nipis/limau kasturi - di belah dua Telur rebus - belah dua Bahan-bahan kuah: Sedikit minyak untuk menumis 4 sudu cili kering yang di kisar 3 biji bawang merah - kisar 3 sudu lengkuas yang di kisar 4 batang serai dikisar halus 2 biji bawang putih - kisar RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 3 sudu gula atau secukup rasa garam secukup rasa Sedikit ajinomoto 4 sudu sos tomato Air - agak-agaklah Cara memasak: Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan..... atas Gulai Tempoyak Ikan Kembung Bahan-bahan: 1 kg ikan kembung (dipotong dua) 1 ikat taugeh kasar 1 cawan tempoyak 1 batang serai 10 biji cili padi Serbuk kunyit Garam Cara memasak: Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Masukkan serbuk kunyit dan garam Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. atas Ayam Golek Seri Pahang Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (dibersihkan) 300 gm bawng merah (dikisar halus) 5 cm halia (dititik) 2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) Garam dan gula secukup rasa Cara memasak: Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman, atas Kari Kepala Ikan Bahan-bahan: 1 kg kepala ikan 50 gm bawang merah 30 gm halia (dikisar) 30 gm bawang putih (dikisar) 50 gm cili kering (dikisar) 50 gm ketumbar 40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 10 gm serbuk lada putih 40 gm serbuk kunyit 1 liter santan kelapa 20 gm garam 10 biji kacang bendi 6 biji terung Cara memasak: Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa. atas Black Pepper Steak Bahan-bahan: 1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 1/2 cawan kicap manis 1 cawan air 1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 2 sudu besar minyak masak Cara memasak: Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. Siap untuk dihidang. Tips: Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries. atas Gulai Tempoyak Ikan Kembung Bahan-bahan: 1 kg ikan kembung (dipotong dua) 1 ikat taugeh kasar 1 cawan tempoyak 1 batang serai 10 biji cili padi Serbuk kunyit Garam Cara memasak: Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. Masukkan serbuk kunyit dan garam Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. atas Asam Pedas Tumis (Melaka) Bahan-bahan: ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 7/8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih sebesar ibu jari kaki belacan kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) air asam jawa cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) sedikit halba sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. garam secukup rasa perasa ajinomoto jika suka. Cara memasak: Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa. Tips : Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap... atas Soto Ayam Bahan A 1 ekor ayam di potong ikut suka 3 biji bawang besar (potong 4) 5 ulas bawang putih (di ketuk je) 2 inci halia (di mayang) 2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) Cara memasak: Semua bahan A nie hendaklah direbus Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit. Bahan B 10 bijik bawang merah Cara memasak: Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang. Bahan c Daun sup dan daun Bawang Di potong dan masukkan dalam sup tu. Sambal kicap Bahan-bahan: 20 bijik cili api 2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 2 ulas bawang putih kicap sikit gula Cara: Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau. Sedia untuk dimakan . atas NASI PAPRIK Bahan-bahan: 5 pinggan nasi putih panas 1/2 kilo isi ayam/daging 6 biji cili api, dihiris 3 ulas bawang merah, dimayang halus 2 ulas bawang putih, dimayang 1/2 btg serai dihiris 5 sudu sos cili 2 sudu sos tomato 1 sudu sos tiram 3 btg kacang panjang dipotong 2 sudu bawang goreng Garam secukup rasa sedikit minyak masak Cara memasak: Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan. atas Nasi Dagang Bahan-bahan: 5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 2 cawan santan pekat 4 cawan santan cair 2 sudu besar halba 10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 6 ulas bawang putih, mayang halus 1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) Garam dan gula secukup rasa. Cara memasak: Didihkan air didalam periuk kukusan Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa. Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang Bahan A Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 5 keping asam gelugor 2 inci halia, ditumbuk kasar 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar Sesudu makan garam dan sesudu teh gula Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) Bahan B Santan pekat dari satu biji kelapa 3 keping asam gelugor 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 4 ulas bawang putih, ditumbuk 1 inci halia, ditumbuk Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Cara memasak: Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor Bila mendidih masukkan gula merah Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang. Sambal kelapa untuk Nasi Dagang Bahan-bahan: Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 4 sudu makan gula kabung (manisan) Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja Cara memasak: Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. atas Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) Bahan-bahan: 1 kg mee kuning 10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan) 1 labu bawang putih (diketuk) 5 biji bawang merah ½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) ½ cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) ¾ - 1 cawan gula pasir 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu makan sos tiram Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) NOTE: Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. Cara memasak: Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing Masukkan sos tiram Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.) Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. Hidangkan. atas Gulai nenas ikan kering orang utara

Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis
Cara memasak : 
  1. Ikan talang direndam. 
  2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
  3.  Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
  4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
  5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
  6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
  7. Siap dan boleh dimakan. 

Tuesday, 10 January 2012

AUKU – AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI


1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Dr. Mahathir Mohamad
Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003
18/8/2008

Monday, 26 December 2011

Mutiara Kata


  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringya ia menitik
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
  • Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
  • Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
  • 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman
  • Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dnegan buah
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang Cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya
  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya
  • Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat
  • Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan
  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli
  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerinduak itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan
  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang
  • Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hemdaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan
  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian bias berpanjangan
  • Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suati pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran
  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh
  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup
  • Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya
  • Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu
  • Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat
  • Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil
  • Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan